GANGGUAN TALIAN TELEFON SEKOLAH

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.
Untuk makluman, terdapat gangguan talian telefon yang berlaku di sekolah di mana nombor telefon sekolah tidak boleh digunakan buat masa ini. Sesiapa yang ingin berhubung dengan pihak sekolah boleh cuba menggunakan talian 03-87395207. Pihak sekolah memohon maaf atas segala kesulitan. Sekian, terima kasih

PENDAFTARAN TAHUN 1 BAGI SESI 2018 / 2019

Assalamua'laikum dan salam sejahtera.

Makluman dari Unit Hal Ehwal Murid SK Leftenan Adnan. 

PENDAFTARAN TAHUN 1 SESI 2018 / 2019

Tarikh : Bermula 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017

Tatacara mendaftar :-

1. Daftar secara online. Klik sini PENDAFTARAN TAHUN 1 
2. Maklumat perlu dicetak setelah siap diisi. Bawa ke pejabat sekolah beserta dokumen lengkap seperti di bawah :
a) Asal dan Salinan Sijil Lahir murid
b) Salinan kad pengenalan ibu dan bapa / penjaga
c) Salinan sijil nikah / sijil cerai / kematian (ibu bapa)
d) Salinan bil utiliti (Elektrik / Air / Telefon)
e) Salinan Laporan Doktor (untuk OKU)
f) Sampul surat (4x9) beralamat sendiri sebanyak 2 keping
g) Setem (RM0.80) sebanyak 2 keping

Sekian untuk makluman. Terima kasih.